Taja Anugerah Ihtifal SMIH JB
Galakan Kecemerlangan
Sekolah Menengah Islam Hidayah JB telah lama membina budaya kecemerlangan dalam kalangan pelajarnya. Baik dalam bidang kurikulum, kokurikulum mahupun tarbiah, SMIH JB berusaha untuk menjadikan kecemerlangan sebagai penanda aras.
Namun usaha ini memerlukan kepada galakan dan pengiktirafan.
Ayuh abang-kakak alumni! Kita bantu SMIHJB untuk mengiktiraf adik-adik / anak-anak yang cemerlang dalam pelbagai bidang.
Tajaan Alumni
Bagi alumni dan alumnae yang budiman…
Ingatkah memori Ihtifal ketika kita menerima hadiah sebagai pengiktirafan pencapaian kita?
Kini tiba masa untuk kita pula menggalakkan adik-adik / anak-anak SMIHJB yang baharu.