PaLS kini membuka pencalonan untuk mengisi jawatan dalam Majlis Tertinggi PaLS untuk sesi 2024/26. Kami mengajak semua alumni yang berkelayakan, bersemangat, dan berdedikasi untuk bersama-sama menyumbang tenaga, idea, dan kepakaran demi memastikan kesinambungan organisasi ini.  

Proses pencalonan ini adalah peluang untuk anda mencalonkan individu yang anda yakini mempunyai ciri-ciri kepimpinan, kebolehan bekerjasama, dan komitmen tinggi. 

Pencalon: Pencalon mestilah bekas pelajar Sekolah Islam Hidayah Johor

———-

SYARAT-SYARAT PENCALONAN:

Status Alumni: Calon mestilah merupakan bekas pelajar Sekolah Islam Hidayah Johor

Umur: 18 tahun ke atas

Wakil Setiap Batch: Setiap batch dibenarkan mencalonkan maksimum 2 orang wakil

Komitmen: Calon mestilah komited untuk melaksanakan peranan dan tanggungjawab jawatankuasa alumni mengikut tempoh perkhidmatan

Rekod Baik: Calon perlu mempunyai rekod yang baik dikalangan alumni (tiada isu disiplin, dll.).

Kesediaan: Calon perlu bersedia untuk menghadiri mesyuarat dan terlibat dalam aktiviti.

Kepimpinan & Kemahiran: Calon mestilah mempunyai sifat-sifat seperti kepimpinan, kerjasama, dan kemahiran komunikasi

——–
Nota Penting:
1. Pastikan calon yang dicalonkan bersetuju dengan pencalonan bersama penyokong sebelum menghantar borang ini.  

2. Borang ini mesti dihantar  sebelum tarikh tutup pencalonan 24 Dec 2024 jam 11.59pm. Sebarang pencalonan selepas itu tidak akan diterima.

3.  Semua maklumat mesti lengkap dan benar untuk melayakkan pencalonan dipertimbangkan.

Terima kasih di atas kerjasama semua.

Sila tekan link di bawah untuk memulakan proses pencalonan