Ramadhan semakin hampir dan kita tertanya-tanya…

Bagaimanakah aku menambah baik diri aku pada tahun ini?

Bulan Ramadhan adalah bulan terbaik untuk set dan reset tabiat-tabiat kita. Ada tabiat buruk yang ingin kita habisi?

Inilah masanya!

Ada tabiat baik yang ingin dibina?

Inilah masanya!

Soalnya… Bagaimana?

Maka kami bawakan dua orang pakar daripada kalangan alumni Hidayah sendiri untuk menjawab persoalan-persoalan anda.

  1. Ustaz Azlan Shah Nabees Khan (Batch 8), dan
  2. Dr Nadiah Hanisah Hassan (Batch 6)

Sertai kami dalam merungkai persoalan-persoalan sekitar meroboh tabiat buruk dan membina tabiat-tabiat yang baik.

Beri makan orang berbuka… pahala besar tu!

RM3,726 of RM3,150 raised

Don’t worry, it’s free! Jangan lupa daftar sekali semua anak-beranak

Perincian Lanjut

Tempat

IskandarSpace, Lvl 2, CIMB Leadership Academy, No 3, Jalan Medini Utara 1, Medini Iskandar, 79200 Iskandar Puteri, Johor

Tarikh dan Masa

Jumaat, 10 Mei 2019 pada 4:30 petang – 9:30 malam

Edit (10 Mei):

Aturcara Iftar Party PaLS
Jangan lupa ya semua! Kita jumpa petang ni.

04:30 pm – Ketibaan dan pendaftaran.
05:00 pm – Fireside Chat: Breaking Habits.
06:00 pm – Tadzkirah Ustazah Zuraidah.
06:30 pm – Gotong Royong persiapan dan amal fardi.
07:00 pm – Do’a
07:08 pm – Berbuka
07:22 pm – Solat
07:35 pm – Makan Fer Reals
08:21 pm – Solat Isya, Terawih
09:15 pm – Bersurai

Tempat parking (RM3 – mesti cop)

Selepas parking naik ke bangunan CIMB Leadership Academy (sebelah Surau). Naik lift ke tingkat 2. Jumpa IskandarSpace.

Leave a Reply